Thursday, March 2, 2017
Tips Menjaga Bayi Baru Lahir
#1 Uri bayi
Penjagaan bermula dengan uri bayi. Uri bayi hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya dan ditanam mengikut hukum syara’.
#2 Mandikan bayi dengan air suam
Sediakan terlebih dahulu baju, stoking, barut, minyak bayi dan sebagainya sebelum memandikan bayi. Selepas mandikan dia, anda tak perlu lagi nak kelam kabut.
#3 Lapkan bayi supaya kering
Untuk mengelakkan bayi anda sejuk, lapkan segera dengan tuala tebal. Gunakan ‘alcohol swab‘ yang dibekalkan oleh doktor untuk disapukan pada tali pusat bayi supaya jangkitan kuman dapat dielakkan.
#4 Gunakan minyak bayi
Sapukan minyak bayi pada perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda untuk beri keselesaan kepadanya. Minyak bayi juga baik untuk hilangkan kembung perut yang terjadi akibat daripada angin yang terkumpul.
#5 Pakaian
Pakaikan barut dengan kemas, usah terlalu ketat dikhuatiri menyukarkan bayi bergerak. Pakaikan bayi anda pakaian yang lembut, tidak panas, sesuai dan selesa.
Bagi anda yang memakaikan bayi dengan lampin pakai buang, sentiasa peka dengan kesihatan kulit mereka. Usah biarkan mereka memakai lampin basah terlalu lama. Ini untuk mengelakkan bayi dari mengalami ruam di bahagian punggung.
#6 Susu ibu
Sendawakan bayi tiap kali selepas mereka menyusu. Ini untuk mengelakkannya dari mengalami kembung perut. Pakar menasihatkan ibu-ibu supaya menyusukan bayi secara penuh selama 6 bulan. Bermaksud anda perlu elakkan sebarang minuman lain untuk bayi anda. Biarkan mereka mendapat khasiat penting dengan sempurna untuk 6 bulan pertama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BEDAK ASMAK : CHICKEN POX
Parut chicken pox hilang sebaik saja sapu Bedak Mula-mula tu Qisha tak percaya yang Bedak ni, wow.. (muka terkejut), memang terbaik hilang...
-
Parut chicken pox hilang sebaik saja sapu Bedak Mula-mula tu Qisha tak percaya yang Bedak ni, wow.. (muka terkejut), memang terbaik hilang...
-
[[ Testimoni Minyak Herba Asmak ]] ✔Selamat untuk bayi baru lahir hingga dewasa ✔Hanya dengan sapuan secara konsisten dapat melegakan asm...
-
Tahukah anda, anak boleh mendengar Salam anda walaupun ketika mereka sedang tidur? . Itulah keistimewaan anak kecil yang kita orang dewas...
No comments:
Post a Comment